Tadi lepas balik kerja, singgah kat kedai nak beli makanan. Ada pula adegan yang mengejutkan jadi kat situ. Tengah-tengah menunggu makanan siap, datang seorang lelaki bertubuh tinggi lampai. Dia pergi pada pelanggan kedai sebelah dengan meja aku duduk. Kat meja tu ada tiga orang lelaki melayu sedang makan dan borak-borak. Lelaki tu cakap hello dan terus melutut sambil letak kedua-dua belah telapak tangan dia rapat2, mcm org sedang merayu. Mujurlah dia tak buat macam tu depan aku. Kalau tak, mau gabra jugak tu.
Dari raut muka tu, macam orang korea atau jepun. Dia tak tahu cakap melayu atau inggeris. Dia cakap dengan bahasa isyarat saja. Dari gaya dia bercerita, aku faham dia baru kena ragut. Beg yang dia bawak koyak-rabak. Mulut dia bengkak-bengkak. Masa dia bercerita tu muka dia sedih sangat dan nampak macam dah nak menangis sangat dah. Kasihan betul.
Aku respect sangat dengan tiga-tiga lelaki yang ada kat situ. Dah la dia orang belanja makan dan minum, lepas tu siap carikan kertas dan pen, minta lelaki malang tu bercerita apa yang jadi. Aku tak pasti macam mana dia bercerita tu...agaknya dengan lukisanlah kut. :)... Dengar-dengar dari cakap dia orang, lepas lelaki tu dah makan, nak bawak ke balai polis untuk buat report. Sekurang-kurangnya tindakan mereka tu dah selamatkan maruah negara sedikit sebanyak.
Marahnya dengan peragut-peragut kat Malaysia ni. Merosakkan nama negara saja. Marah sangat ni, mungkin terbawa-bawa dengan drama terlerai takbir kasih semalam agaknya... tapi apa-apa pun...harap-harap jenayah ragut dan seumpamanya tu segeralah dapat jalan penyelesaiannya. Apa agaknya kerajaan boleh buat?? Hmmm....
Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Monday, October 12, 2009
Friday, October 9, 2009
pilihan bonda
sekadar untuk bacaan santai...tak pasti bila cerita ni ditulis.. yg pasti... laaamaaaa dulu :D.................................................................
Ikwan tersenyum sendirian. Wajah Ayu Masrini terbayang di layar matanya. Tidak disangkanya perkenalan singkat dengan Ayu Masrini berlanjutan sehingga ke hari ini. Ketika itu, mereka sama-sama mengikuti seminar Taxation in Global World yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Sikap Ayu Masrini yang kelihatan begitu serius ketika bertanyakan soalan kepada panel ketika seminar berlangsung amat menarik perhatian Ikwan. Begitu berkeyakinan namun penuh dengan kesederhanaan. Senang hatinya dengan perawakan Ayu Masrini yang bersederhana itu.
“Ada orang di sini?” Soal Ikwan ketika pertama kali mendekati Ayu Masrini. Gadis itu tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
Buat beberapa ketika, Ikwan mati akal. Dia ingin terus berbual dengan gadis itu namun si gadis nyata begitu tekun meneliti nota-nota kecil yang terbentang di atas meja di hadapannya. Ketika itu seminar berhenti rehat selama 15 minit.
“Menarik jugak pembentangan hari ni, kan? Apa pendapat saudari?” Ikwan cuba memancing minat si gadis.
“Memang menarik. Paling penting seminar ini sedikit sebanyak telah membuka mata kita semua tentang soal dunia globalisasi yang akan kita semua tempuh nanti." Ayu Masrini menjawab lembut.
“Saudari ni dari syarikat mana?” Ikwan cuba memanjangkan perbualan.
“Evotech Sdn. Bhd. Panggil saya Ayu.” Ayu Masrini memperkenalkan diri.
“Evotech… Hmm… macam pernah dengar nama tu. Tapi saya tak ingat di mana saya pernah dengar nama tu.” Ujar Ikwan. Berkerut dahinya cuba mengingatkan kembali informasi yang cuba dicarinya.
Ayu Masrini tersenyum nipis sebelum bersuara. “Syarikat kami mengkhusus dalam bidang kejuruteraan komputer. Syarikat kecil aje. Seratus peratus bumiputera. Projek terbesar syarikat ni lebih kepada memberi perkhidmatan kejuruteraan kepada salah satu syarikat komunikasi terbesar di Malaysia.” Jelas Ayu Masrini tanpa diminta. Ikwan hanya mendengar, penuh tertib.
“Saudara dari syarikat mana pula?” Soal Ayu Masrini.
“Lupa pulak saya nak kenalkan diri. Saya Ikwan dari Syarikat Gabungan Teguh Sdn. Bhd. Ini kad saya.” Jelas Ikwan sambil menghulurkan kad namanya yang memang sudah sedia ada di dalam kocek bajunya. Kad bertukar tangan. Ayu Masrini tersenyum. Dibelek-beleknya kad itu tanpa sebarang suara.
Pertemuan pertama itu masih segar di ingatan. Ikwan berharap benar Ayu Masrini akan menghubunginya melalui nombor telefon yang tertera di atas kad nama yang diberikannya tempoh hari, namun hampa. Gadis itu tidak pernah menghubunginya. Menyesal benar Ikwan kerana tidak berani buka mulut bertanyakan nombor telefon Ayu Masrini. Puas dia mengutuk dirinya sendiri namun dalam diam dia terus berdoa agar gadis itu muncul sekali lagi di hadapannya.
* * *
“Kak Jun. Semalam Kak Jun cakap nak minta saya semak semula penyata bayaran kontraktor. Mana senarainya? Saya dah nak keluar kejap lagi ni.” Soal Ikwan serius. Junaidah, pembantu akaun merangkap setiausahanya itu tergagap-gagap menjawab. “Er... Akak dah siapkan semuanya, Ikwan. Cuma untuk invoice dari Syarikat Evotech ni ada yang tertinggal lagi. Nanti…”
“Apa Kak? Syarikat Evotech?” Soal Ikwan sebelum sempat Junaidah menghabiskan bicaranya.
“Ya. Kenapa Ikwan?” Soal Junaidah buntu. Ikwan tersenyum panjang.
“Kak Jun bagi semua invoice tu pada saya. Biar saya semak semula.” Pinta Ikwan. Junaidah yang masih terpinga-pinga dengan perubahan sikap Ikwan itu terus sahaja menyerahkan apa yang dipinta oleh ketuanya.
Satu demi satu inbois yang diberikan oleh Junaidah itu diselaknya hinggalah dia menemui apa yang dicarinya.
“Ayu Masrini, account executive.” Ikwan berbicara sendirian. Dia segera mendail nombor telefon yang terdapat di bahagian bawah inbois berkenaan.
“Hello, Evotech Sdn. Bhd. Good morning.” Suara seseorang menjawab panggilan mendebarkan hati Ikwan.
“Good morning. Boleh saya bercakap dengan Puan Ayu Masrini?” Soal Ikwan gugup.
“Ooo.. Maksud encik, cik Ayu ye? Sebentar.”
Ikwan menadah kesyukuran mendengar bicara si gadis itu. Syukurnya berkembangan kerana Ayu Masrini masih bergelar cik dan bukannya puan. Maksudnya, dia masih belum bersuami. Namun, kalau gadis pujaannya itu sudah ada teman istimewa, macam mana pula? Ikwan berbicara sendirian. Fikirannya itu membuatkan jiwanya keresahan.
“Hello.” Suara itu mengejutkan Ikwan dari lamunannya.
“Hai, assalamualaikum Ayu. Ingat lagi saya, Ikwan. Gabungan Teguh Sdn. Bhd?” Soal Ikwan sebaik sahaja mendengar suara Ayu Masrini.
Ayu Masrini tertawa kecil sebelum bersuara.
“Ingat...Saya dah jangka satu hari nanti Encik Ikwan akan call saya. Masa hari kursus tu, saya dah tahu yang syarikat kita ni memang selalu bekerjasama. Mungkin Encik Ikwan yang tak perasan nama syarikat saya kut.”
“Ayu, tak payah nak berencik-encik dengan saya. Panggil saya Ikwan je. Pasal syarikat ni memang saya tak perasan langsung. Nasib baik hari ni assistant saya tertinggal invoice Evotech ni dalam laci dia. Kalau tak sampai sudah saya tak tahu.” Ikwan galak bercerita. Ayu Masrini masih belum putus tawanya.
Semenjak dari hari itu, Ikwan sering menghubungi Ayu Masrini di pejabatnya. Perbualan yang pada mulanya banyak berkisar tentang kerja, lama kelamaan menjadi perbualan berbentuk peribadi.
Ikwan senang berkawan dengan Ayu Masrini. Gadis itu memiliki hampir kesemua ciri-ciri gadis idamannya. Dalam diam, dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu. Bagai bulan jatuh ke riba. Hasrat hati yang diluahkan terhadap Ayu Masrini disambut dengan senyuman oleh gadis itu.
“Ayu, bulan depan Wan nak minta mak dan ayah Wan jumpa orang tua Ayu. Kita bertunang ye?” Saran Ikwan suatu hari. Hasratnya itu sedikit pun tidak mendapat tentangan Ayu Masrini.
“Itulah yang sebaiknya Wan. Ayu lebih suka begitu daripada kita terus berkawan tanpa ikatan.” Ujar Ayu Masrini sambil tersenyum. Ikwan tersenyum lega. Pada mulanya dia ragu-ragu tentang hasrat hatinya. Dia takut Ayu Masrini menuduhnya tergopoh-gapah dalam menentukan hala tuju perhubungan mereka.
* * *
“Mak, apa salahnya mak? Ayu tu baik, mak. Ikwan kenal dia. Dia bukan saja cantik malah berbudi bahasa pula tu.” Tegas Ikwan satu hari apabila ibunya menolak mentah-mentah keinginannya untuk menyunting Ayu Masrini.
“Cantik memanglah cantik, Wan. Perempuan mana pun kalau dah duduk di KL tu semuanya cantik. Bersolek 3 inci, mana tak cantik. Sopan santun tu boleh dibuat-buat. Lagi pulak depan kau, memanglah dia tunjuk baik.” Bidas Puan Hasnah, ibu Ikwan.
“Mana mak tahu Ayu macam tu? Dia bukan macam perempuan-perempuan KL yang mak kenal tu. Nak tengok Ayu tu bersolek pun susah mak. Setakat gincu secalit tu adalah.” Jelas Ikwan.
“Alah, Ikwan. Kalau dah duduk kat KL tu, bukannya boleh percaya sangat. Entah macam manalah hidupnya tu. Dah jauh dari orang tua, macam-macam le perangainya.” Selar Puan Hasnah.
“Ayu bukan macam tu lah mak. Wan kenal dia.” Ikwan terus mempertahankan gadis pilihannya. Suaranya dikeraskan tanda dia serius dalam berkata-kata.
“Ah, tak kisahlah tu semua. Dia bersolek ke tidak ke, mak tak kisah. Dia jahat ke baik ke mak tak nak ambik tahu. Kau jangan nak melawan mak pulak sebab budak perempuan tu. Mak nak Wan kenal dulu dengan anak kawan mak kat kampung tu. Minggu depan ikut mak balik. Mak nak kenalkan Wan pada mereka.” Tegas Puan Hasnah sambil tangannya dilambai-lambaikan tanda perbincangan sudah selesai. Ikwan terpegun dengan arahan ibu yang baru diterima itu. Hasrat untuk meminta ibunya menyunting gadisnya hancur berderai. Ibunya bukan saja menolak, malahan tidak ingin pun mengenali Ayu Masrini.
* * *
Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam itu ternyata amat membosankan. Hatinya berat untuk pulang ke kampung hari ini. Kalau bukan kerana hendak menjaga hati ibunya, mati hidup balik pun Ikwan tidak rela untuk ikut serta.
“Jumpalah dulu si Aisyah tu. Mak pasti Wan akan suka dengan dia. Lawa budaknya, mak dah jumpa dah dia. Pandai pun pandai. Dengar cerita sekarang ni belajar sambil bekerja. Rajin budak tu.” Kata-kata ibunya pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinga Ikwan.
“Tapi mak, Wan dah ada pilihan sendiri. Kalau mak paksa Wan jumpa budak tu pun, Wan tak akan ubah pendirian Wan ni.” Tegas Ikwan bersungguh-sungguh. Dia amat berharap ibunya memahami kesukaran yang dihadapinya kini. Menurut kata ibunya mungkin akan menjebakkan dirinya dalam permainan orang tuanya sedangkan pada Ayu Masrini, dia telah berjanji untuk menyunting gadis itu sebagai suri.
“Wan, mak ni orang tua. Mak tahu mana yang baik untuk anak mak. Wan ingat mak sengaja nak seksa hidup anak-anak mak? Kalau boleh mak nak tengok semua anak-anak mak bahagia sampai ke akhir hayat.” Puan Hasnah berbicara sayu. Ikwan jadi serba salah bila melihat wajah keruh ibunya.
“Tapi mak, Wan pasti Ayu gadis yang terbaik untuk Wan.” Ujar Ikwan.
“Abang kau dulu pun cakap macam ni masa nak bertunang dengan Zatty dulu tu. Zatty baiklah, hormat orang tualah, bersopanlah. Dah bertimbun dipujinya perempuan tu, sudahnya tak sampai sebulan bertunang dah putus.” Puan Hasnah mengungkit cerita anak sulungnya, Zamani.
“Mak… tu dah memang takdir abang. Janganlah mak nak samakan Zatty dengan Ayu sebab hal abang tu. Lagipun, bukannya semua yang tinggal kat bandar tu jahat dan tak semua yang tinggal di kampung, baik. Kalau nak jadi jahat, kat mana-mana pun boleh.” Ikwan terus mempertahankan Ayu Masrini. Pelik dia memikirkan sikap ibunya yang beria-ia menyamakan Ayu Masrini dengan Zatty, bekas tunang abangnya.
Puan Hasnah menjeling tajam ke arah Ikwan. Terus pemuda itu tunduk memandang lantai. Wanita tua itu berlalu meninggalkan Ikwan yang masih terkebil-kebil, tidak mengerti dengan tindakan ibunya.
“Ah… merajuk pulak.” Getus Ikwan sendirian. Kerana rajuk ibunya itulah, Ikhwan memaksa diri untuk pulang ke kampung.
* * *
Ikwan berdebar-debar sebaik sahaja memberhentikan Honda CRVnya di perkarangan rumah papan bercat kuning air itu. Halaman rumah itu nampak bersih dan dipenuhi dengan bunga pelbagai warna. Tenang dan mendamaikan. Pun begitu, debaran di dadanya semakin menjadi-jadi. Ibunya pula tidak habis-habis tersenyum memandangnya.
“Dah sampai pun kita. Jomlah! Mak Cik Hindon dah tunggu kat tangga tu.” Ajak Puan Hasnah sebaik sahaja kereta diberhentikan. Ikwan tidak banyak cakap, hanya menurut sahaja langkah ibunya.
“Kak Hindon, lama tak jumpa. Apa khabar sekarang?” Sapa Puan Hasnah sebaik sahaja bersalaman dengan sahabat lamanya itu. Kedua-dua orang wanita itu berpeluk-pelukan dengan penuh mesra. Riuh seketika suasana ketika itu.
“Razali mana, Nah? Tak datang ke dia?” Soal Puan Hindon apabila kelibat suami temannya tidak kelihatan.
“Dia tak datang, kak. Ada urusan sikit di Tabung Haji. Dia minta kami balik berdua je.” Jelas Puan Hasnah.
“Hai, nak naik haji ke tahun ni, Nah?” Soal Puan Hindon lagi.
“Rancang-rancang macam tu lah, Kak. Kalau diizinkan tuhan, insya ALLAH tahun ni pergilah kut.” Kata Puan Hasnah girang.
“Eh, ini ke anak kau tu, Nah?” Soal Puan Hindon sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah. Puan Hasnah hanya tersenyum dan mengangguk.
“Dah besar budak ni. Handsome pulak tu. Terakhir akak jumpa dia masa umur lima tahun. Ni dah besar panjang dah.” Puji Puan Hindon.
“Huh, kalau handsome tak de le sampai sekarang membujang lagi.” Celah Puan Hasnah sambil menjeling Ikhwan yang hanya tersenyum kelat.
“Hish, tak lama lagi adalah tu.” Puan Hindon bersuara ceria. Kata-katanya disambut dengan senyuman oleh puan Hasnah. Ikwan sekadar tersenyum nipis apabila dirinya menjadi perbincangan kedua-dua wanita itu.
Ibunya begitu rancak bersembang dengan Puan Hindon. Ikwan lebih banyak membisu. Sesekali dia menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh suami Puan Hindon, Encik Sulaiman.
“Mana anaknya, Kak? Dari tadi saya tak nampak pun.” Soal Puan Hasnah.
“Dia ke kedai sekejap. Belikan buah-buahan untuk makan tengahari ni. Alang-alang Nah makan kat sini, kami nak berbelanja sikit. Aisyah tu tak tahu pun yang Nah nak datang hari ni. Dia ingatkan Pak Langnya yang nak datang.” Jelas Puan Hindon.
Mendengar nama Aisyah disebut, Ikwan mengelabah sendiri. Hatinya berperang dengan berbagai persoalan. Ah, bagaimana nanti kalau dia menolak keinginan ibunya untuk bermenantukan anak Puan Hindon. Pasti hati ibunya kecewa. Mungkin juga Puan Hindon, Encik Sulaiman dan Aisyah juga akan kecewa. Bagaimana pula kalau dia menurut sahaja kehendak ibunya, pasti Ayu Masrini terkilan hati dan hatinya juga akan terseksa.
“Kenapa macam ada masalah aje ni, Wan?” Soal Puan Hindon apabila melihat wajah anak muda itu muram tiba-tiba.
“Er… penat sangat memandu agaknya tu.” Puan Hasnah menjawab bagi pihak Ikwan. Ikwan hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata ibunya.
Di perkarangan rumah, bunyi enjin kereta jelas kedengaran. Puan Hindon bergegas ke muka pintu. Seketika kemudian dia masuk semula ke dalam rumah bersama seorang gadis.
“Hasnah, inilah anak dara Akak, Aisyah.” Puan Hindon memperkenalkan gadis itu kepada Puan Hasnah. Puan Hasnah bangun dan bersalam dengan gadis itu. Ikwan masih lagi membatukan dirinya. Kepalanya yang masih ligat berperang dengan emosi itu hanya menekur merenung lantai.
“Apa khabar makcik?” Soal si gadis. Dari ekor matanya, Ikwan dapat melihat pergerakan si gadis namun dia tidak ada hati untuk memandang.
“Ikwan, apa yang tunduk je dari tadi tu? Mak cik nak kenalkan anak makcik ni.” Puan Hindon mencuit lamunannya. Ikwan segera mengangkat pandangan matanya. Wajah Puan Hindon direnungnya.
“Bukan makcik yang kamu kena pandang. Makcik dah kenal kamu. Ni, anak makcik ni yang kamu belum kenal, Aisyah.” Kata Puan Hindon. Tidak dapat tidak, Ikwan terpaksa juga menurut kehendak Puan Hindon. Senyuman pura-pura lekat di bibirnya sambil matanya menangkap sepasang mata si gadis.
Ikwan kaku seketika.
“Ayu…” Ujarnya perlahan. Gadis yang diperkenalkan kepadanya sebagai Aisyah itu punya mirip wajah yang saling tak tumpah seperti Ayu Masrini. Agaknya pelanduk dua serupa. Ikwan Haikal berkata-kata sendirian.
“Eh, Ikwan dengan Aisyah ni dah memang kenal mengenal ke?” Soal Puan Hindon. Ikwan pantas memandang Puan Hindon sementara Puan Hasnah berkerut dahi mendengar soalan Puan Hindon itu.
“Saya kenal seseorang yang mirip wajah Aisyah ni makcik. Tapi namanya Ayu Masrini.” Jelas Ikwan lemah. Si gadis hanya tertunduk menahan senyuman.
“Memang Ayulah ni Ikwan. Kami je yang panggil dia Aisyah sebab datuknya dulu suka sangat nama Aisyah.” Ujar Puan Hindon. Ikwan tersenyum lebar mendengar kata-kata wanita itu.
“Mak, mak dah kenalkan saya dengan menantu pilihan mak. Sekarang saya nak kenalkan mak dengan gadis pilihan saya pula, Ayu Masrini.” Ucap Ikwan tanpa sebarang rasa malu. Dia tersenyum memandang ibunya yang baru memahami perkara yang terjadi. Puan Hasnah tersipu-sipu menahan tawanya.
Wajah ceria Ikwan dan Ayu Masrini menyerikan suasana ketika itu. Ikwan yang semenjak tadi lebih banyak membisu, sekarang ligat bercerita. Ayu Masrini pula menyampuk sekali sekala apabila ditanya tentang perkenalannya dengan Ikwan. Puan Hasnah dan Puan Hindon pula tidak sudah-sudah mengulum senyum. Encik Sulaiman pula setia mendengar celoteh bakal menantu yang dalam sekelip mata berubah ceria.
Puan Hasnah ketawa di dalam hati. Beria-ia dia menolak pilihan anaknya kerana hati sudah berkenan dengan anak rakan lamanya. Namun hari ini sekali lagi tuhan membuktikan yang DIA merancang dengan lebih sempurna.

Tuesday, October 6, 2009
Rahsia Hati
Mudahnya menitis air jernih ini
dari lereng mata tak tertahankan
Beratnya hati dibeban rasa
menanggung seribu rahsia hati...tak terucapkan
Terasa berlikunya jalan hidup ini
Yang mendaki lagi sukar
terkorban segala-galanya
harta dan jiwa tak terbeli
Alangkah sakitnya memendam rasa
Terkorban perasaan demi sesuatu yang perlu dihubungkan
Namun hidup mesti terus
dan bibir mesti terus tersenyum
Biarpun di dasar jiwa
gelora itu tak pernah teduh
melimpah bagai tiada musim
Alangkah terlukanya perasaan
Melepaskan sesuatu kecintaan
Biar hati puas memujuk... bersabarlah.
Namun, alangkah indahnya pengakhiran...
Bila hati bisa terpujuk
kerana tahu di penghujung hari...
Ada bahagia menanti...
di sisi Ilahi
Monday, October 5, 2009
Mengapa Dirindu...
Salam...
Satu hari tu tengok cerita Halimah Jongang di astro...(sian Halimah tu)... dengar pula dia nyanyi lagu ni.. cam best jer... jom layan lirik jap. :D
.
.
.
.
.
Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang
Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih
Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Sayang mengapa dirindu
:D

Subscribe to:
Posts (Atom)