Salam,
Ini bukan doa agar negara dijajah lagi... sebab hakikatnya sehingga kini kita tak pernah merdeka pun. Kalau ada yang faham, maha fahamlah. Kalau masih tak mahu faham, tak mengapa. Itu pendapat masing-masing.
Mengikut sejarah, Tanah Melayu dijajah Jepun tidak lama mana pun jika dibandingkan dengan British. Banyak yang jelik kita dengar dari kisah-kisah penjajahan Jepun. Tidak kurang juga banyak juga yang jelik itu terjadi di zaman penjajahan British, walaupun hari ini kebanyakan rakyat negara ini terutamannya anak-anak muda yang tidak sama-sama merasa keperitan hidup dijajah, mengagung-agungkan negara barat itu. Tidak ada salahnya mengagumi kemajuan di barat asal saja kita tidak mengagumi apa-apa yang bertentangan dengan syariat Islam yang telah dilaksanakan oleh negara-negara itu.
Entri ini bukan hendak memuji mana-mana negara atau sesiapa saja pun cuma sekadar hendak berhenti dan berfikir sebentar... seandainya Jepun menjajah Tanah Melayu lebih lama dahulu, adakah sikap rakyat negara ini akan lebih berdisiplin seperti mereka. Berdasarkan sekeping gambar yang disiarkan di dalam suratkhabar baru-baru ini selepas terjadinya kejadian tsunami di negara matahari terbit itu, terasa amat kagum dengan sikap penduduk negara itu.
Amat berbeza rasanya sikap mereka dengan sikap kita di Malaysia ini. Dalam keadaan huru-hara sebegitu, masih lagi boleh bertenang, tidak panik dan sentiasa mementingkan disiplin diri. Sebuah negara yang dahulunya pernah lumpuh selepas dihujani bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, bangkit kembali dan menjadi salah sebuah negara maju di dunia.
Yang baik, kita ikut. Yang buruk, kita ubah.
Bagaimana kita mahu sama-sama melakukannya?
Kata Rasulullah, " Kutinggalkan kepadamu dua perkara (pusaka), tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya."
Jepun adalah sebuah negara yang tidak bertunjangkan Al Quran dan As Sunnah dalam perlembangaannya. Kebanyakan penduduknya beragama Shinto. Kalau mereka mampu menjadi seperti itu, di mana silapnya kita dalam menjadi individu atau masyarakat juga negara yang sama maju seperti Jepun dengan menggunakan pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah itu?
Fikir-fikirkan dan selamat perbuat..
emm betul tu kak..saya setuju..:)
ReplyDeleteMemang disiplin mereka sangat tinggi. Aku andaikan, disiplin itu telah diterapkan sejak kecil, ditambahkan dalam pendidikan, dan dikuatkan dalam aktiviti masyarakat mereka. Sebab itu mereka berjaya mendisiplinkan diri dengan sangat hebat...
ReplyDeleteAbangku yang pernah bertugas di sana pernah bercerita, anak-anak di sana sudah diarahkan untuk mengemas bilik tidur masing-masing seawal usia 5 tahun. Anak-anak kita di sini, umur 5 tahun masih perlu dipakaikan baju...
CCC, terima kasih kerana bersetuju. :)
ReplyDeleteKM, thanks for the info. kagum dgn penduduk Jepun. kalaulah kita blh jadi mcm mereka... :)