Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Sunday, January 16, 2011

Kau Curi Hatiku


Assalamualaikum...



Kau curi hatiku, tajuk yang telah dipilih untuk novel terbaharu dari saya... Dari bab 1 yang boleh dibaca di web Jemari Seni, mungkin ada yang sudah boleh meneka arah mana jalan cerita ini.



Dipendekkan cerita, watak utama dalam Kau Curi Hatiku ini ialah Arissa dan Zamil. Mereka tidak pernah serasi sejak mula kenal. Ada-ada sahaja yang dilakukan Zamil untuk menaikkan darah Arissa. Arissa pula bukan jenis yang menerima sahaja pertuduhan dan kata keji yang ditujukan kepadanya. Maka, seringlah berlaku pergaduhan mulut di antara mereka berdua. Zamil sering membeza-bezakan di antara Arissa dan seorang teman bernama Ain. Ain adalah seorang gadis yang dicintai oleh Zamil. Namun, hati orang, hati oranglah juga. Cinta bukan boleh dipaksa-paksa. Kisah cinta bersama Ain yang dijaja Zamil, rupa-rupanya tidak pernah pun berbalas. Hanya kerana tingkah laku Ain yang menurut sahaja kehendak Zamil, lelaki itu merasakan yang gadis itu mencintainya.


Arissa juga pernah bercinta dan cintanya dengan Firdaus terputus kerana suatu perkara. Dan sejak percintaannya terputus, Arissa tidak pernah membuka hatinya kepada mana-mana lelaki pun. Namun, bagaimana pula cinta Arissa akhirnya boleh bersatu dengan Zamil?
Bagaimana pula Zamil boleh bertukar arah mencintai Arissa? Bagaimana pula Arissa boleh menerima cinta Zamil yang pernah dibencinya sepenuh hatinya itu? Apa pula yang berlaku dalam perjalanan cinta Arissa dan Zamil? Biarlah rahsia... hehehe... (Nur mesti marah ni, kan?)


Perjalanan hidup kita tidak akan tenang sehingga ke akhirnya... pasti akan ada ujian dari Tuhan untuk menguji seteguh mana iman kita. Andai kita mampu bersabar, pasti akan dibalas Tuhan dengan perkara yang lebih baik lagi.... mungkin inilah kesimpulan yang boleh diberikan untuk ringkasan Kau Curi Hatiku.



Tak tahulah bagaimana penerimaan pembaca tentang KCH ini. Berdebar-debar dan berderau-derau rasanya... Harap-harap semua akan suka dengan KCH ini ye...

Tuesday, January 4, 2011

Minyak Naik ke Naik Minyak

Minyak naik lagi...

Senyum semua...

Tak ada apa pun nak dicoretkan di sini... cuma terkenangkan seorang teman bila bercakap soal harga minyak yang naik...

Katanya :

Semua orang tahu hari ni minyak naik,
Yang orang tak tahu lagi macam mana kalau aku naik minyak...

Ha, jawappp....