Assalamualaikum...
Kau curi hatiku, tajuk yang telah dipilih untuk novel terbaharu dari saya... Dari bab 1 yang boleh dibaca di web Jemari Seni, mungkin ada yang sudah boleh meneka arah mana jalan cerita ini.
Dipendekkan cerita, watak utama dalam Kau Curi Hatiku ini ialah Arissa dan Zamil. Mereka tidak pernah serasi sejak mula kenal. Ada-ada sahaja yang dilakukan Zamil untuk menaikkan darah Arissa. Arissa pula bukan jenis yang menerima sahaja pertuduhan dan kata keji yang ditujukan kepadanya. Maka, seringlah berlaku pergaduhan mulut di antara mereka berdua. Zamil sering membeza-bezakan di antara Arissa dan seorang teman bernama Ain. Ain adalah seorang gadis yang dicintai oleh Zamil. Namun, hati orang, hati oranglah juga. Cinta bukan boleh dipaksa-paksa. Kisah cinta bersama Ain yang dijaja Zamil, rupa-rupanya tidak pernah pun berbalas. Hanya kerana tingkah laku Ain yang menurut sahaja kehendak Zamil, lelaki itu merasakan yang gadis itu mencintainya.
Arissa juga pernah bercinta dan cintanya dengan Firdaus terputus kerana suatu perkara. Dan sejak percintaannya terputus, Arissa tidak pernah membuka hatinya kepada mana-mana lelaki pun. Namun, bagaimana pula cinta Arissa akhirnya boleh bersatu dengan Zamil?
Bagaimana pula Zamil boleh bertukar arah mencintai Arissa? Bagaimana pula Arissa boleh menerima cinta Zamil yang pernah dibencinya sepenuh hatinya itu? Apa pula yang berlaku dalam perjalanan cinta Arissa dan Zamil? Biarlah rahsia... hehehe... (Nur mesti marah ni, kan?)
Perjalanan hidup kita tidak akan tenang sehingga ke akhirnya... pasti akan ada ujian dari Tuhan untuk menguji seteguh mana iman kita. Andai kita mampu bersabar, pasti akan dibalas Tuhan dengan perkara yang lebih baik lagi.... mungkin inilah kesimpulan yang boleh diberikan untuk ringkasan Kau Curi Hatiku.
Tak tahulah bagaimana penerimaan pembaca tentang KCH ini. Berdebar-debar dan berderau-derau rasanya... Harap-harap semua akan suka dengan KCH ini ye...

akak..nak buku ni..nak beli n baca..hehe
ReplyDeletetahniah akak..:)
assalamualaikum....
ReplyDeleteTAHNIAH...buku iman xara tak pernah menegcewakan saya..saya suka semua bukan iman xara...kau curi hatiku mmg betui2 mencuri hati sy...tapikannnnnnn....kalau part firdaus tu panjang sikit time kawin ngan arissa tu akan bertambah manis...buat kau curi hati lagi la pulak...heheheh
cik ceria corner, pergilah rumah... ada je buku kat rumah tu.
ReplyDeletesza_kdh, waalaikumussalam. terima kasih sebab sudi baca karya saya. komen anda amat-amatlah dihargai. nampak gayanya, part yg itu ada dua tiga org pembaca yang cakap terlalu pendek. insya Allah, akan cuba diperbaiki di masa-masa akan datang. itulah masalahnya bila bab2 akhir ni. takut cerita jadi menjalar-jalar, tak berani nak letak pjg-pjg sgt. tapi tak apa, ada ruang utk pembaikan utk karya akan datang, (kalau ada lagi) :)
Salam Iman,
ReplyDeletesaya baru habis membaca novel saudari yg ini, pendapat isi cerita bagus & menarik...cuma saya tak puas hati ada part2 yg maybe editor terlepas pandang kot...yg part Zulfa tertukar diletak nama Sya...lps tu bhgn Zamil dilanggar van kilang tp lepas tu ditulis pemandu kereta menampar2 muka sbb menyesal menyebabkan kematian...kesilapan kecil ini agak meganggu pembacaan jugak lah. anyway cerita ini mmg bagus saya suka :)
sueaiilee... terima kasih utk komen anda. maaf atas kesilapan2 perkataan tu. Insya Allah, nanti saya akan beritahu pihak editor utk pembetulan, kalau ada cetakan seterusnya. terima kasih di atas teguran :)
ReplyDeletecerite nie best . saye da beli buku dye . sangat intresting n menarik minat saya . tibe2 trase mcm sme ngan idop sye plak . hehehehe . mmng mnarik buat la bnyak2 lgy . bley lah sye beli lgy . hehehhe
ReplyDeleteKim Young, terima kasih :)
ReplyDeleteHye , best sgt cerita ni tau. tpi knpa lak Zamil ngn Arissa xder happy ending ek ? sedih laa :) xnak lah watak tina tue. hhe ^^
ReplyDelete