Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Thursday, September 16, 2010

Raya dan Raya lagi...

Alhamdulillah....

Selamat dah sampai di KL setelah 9 hari di kampung. Apa yang menariknya sepanjang raya ni? Pertama sekali mestilah sebab boleh berjumpa dengan sanak saudara. Dapat bertukar-tukar cerita dan bermaaf-maafan. Boleh dengar bermacam-macam pengalaman dari orang lain tentang kehidupan dan kejayaan. Sambil-sambil tu bolehlah pasang angan-angan untuk berjaya macam orang lain juga. Berangan dan cuba menjayakan angan-angan, Insya Allah.

Baru je sampai KL dah terasa rindu pada famili di kampung especially keponakanku yang comel-comel belaka tu. Penat melayan dia orang sepanjang 9 hari ni tak terasa pun. Tak sabar nak tunggu balik kampung lagi selepas ni. Masa tu seorang mungkin dah pandai berlari, seorang lagi mungkin dah pandai merangkak... dan mungkin juga seorang lagi dah pandai mengaji...

Aduh, yang paling menjadi kerisauan skrg ni... berat badan dah semakin bertambah. Gi mana deh mahu menurunkannya semula? Habis segala diet itu ini... semuanya tak menjadi. Dapat jumpa masakan mak, tak mampu deh nak makan sikit.... semedang makan bertambah saja.

Apa-apa pun, raya tahun mana pun memang best. Untuk kalian yang masih bercuti.... selamat bercuti. Untuk yang akan melalui perjalanan jauh untuk pulang bekerja, berhati-hati di jalan raya. Kecuaian membawa padah. Hilang kesabaran mampu membunuh. Sila jangan tambahkan lagi statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya semua...


Berkata Musa: "Waktu untuk pertemuan (kami dengan) kamu itu ialah di hari raya dan hendaklah dikumpulkan manusia pada waktu matahari sepenggalahan naik." ~Thaahaa : 59~