Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Wednesday, June 24, 2009

Pergi tak kembali...

Wala wei.. lama gila tak update blog. Sangatlah bz dan masalah masa yang tidak cukup 24 jam ni...

Pagi ni bila aku tulis kat YM, sedih mengenangkan atok dah tak ada... ramai yag blur. Atok mana plak ni, dorang tanya. Yang sebenarnya, semalam (23/06/09) bapa tuan rumah aku a.k.a atok suami wardina safiyah dah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Umur dia dah 90 tahun. Rasanya dah dekat setahun dia terlantar selepas jatuh dalam bilik air. Sebelum ni dia boleh berjalan dari rumah ke masjid. Walaupun lambat tapi still mampu. Cuma selepas dia jatuh dalam bilik air, dia hanya mampu terlantar di katil.

Kenapa aku sedih pula? Ya lah, walaupun bukan atok aku betul-betul tapi aku biasalah borak-borak dengan dia...sembang-sembang walaupun kadang-kadang aku tak faham apa yang dia tanya. Maklumlah, umur dia yang dah lanjut tu buatkan dia dah lupa banyak perkara. Selalu pagi-pagi masa aku jalan kat sebelah rumah dia, mesti dengar atok bercakap. Memang tak faham butir bicara dia tapi dah jadi macam hiburan pula pada aku. Hmmm... mulai hari ni, aku dah tak boleh dengar lagi suara atok berbual sorang-sorang, kadang-kadang dia berpantun, menyanyi.

Pada keluarga arwah, aku harap dia orang banyak-banyak bersabar dan redha atas pemergian atok. Semoga roh atok di tempatkan di sisi tuhan yang menyayanginya... amin.

- bila pula tibanya masa kita? -