Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Friday, February 6, 2009

Peringatan utk seorang aku...

Hidup mmg sukar diramal.

Aku pernah ketawa macam nak gila.. senyum sampai telinga...huha huha macam orang tak siuman... dan lagi dan lagi...

Sampai masa aku pun pernah menangis macam neng yatimah dalam filem dulu-dulu, merintih kerana tidak tahan menanggung bebanan sendirian, meraung bila aku memang tak mampu bertahan dek derita yang menyapa... dan terus lagi dan lagi dan lagi...

Sekian lama aku hirup udara pemberian tuhan ni. Ada kalanya aku rasa aku sudah cukup bersyukur, tapi kadang-kadang aku lupa... aku juga pernah mengingkari nikmat pemberianNya...dan sampai masa, aku menyesal kerana kelemahan diri...dan dangkal fikiran yang menguliti diri di saat aku disimbah bahagia. Sesungguhnya, kekurangan dan kelebihan yang diberikan...adalah ujian untuk aku hadapi. Merempat di kaki lima mahupun ditimpa emas di puncak istana...adalah satu cara Dia menguji ketabahan diri. Dan aku selalunya...lupa dan lupa lagi.

"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat." (Thaahaa : 115)

Bersungguhkah aku dalam mensyukuri nikmatNya yang tidak terhingga? Kuatkah kemahuanku untuk selalu tunduk dan patuh pada setiap arahanNya? Dan bila kini disapa derita tanpa diduga, bagai air terpercik ke muka... aku sedar kerdilnya diri.

3 comments:

  1. Iman,

    Mereka-mereka yang selalu disinggahi ujian itu adalah mereka-mereka yang terpilih dan pastinya istimewa di sisiNya. Dia sayang kita, sebab itu Dia mengingatkan.

    Jangan rasa rendah diri andai yang datang itu cuba melemahkan semangatmu, sebaliknya beritahu pada hati agar menerimanya sebagai suatu hikmah.

    Semakin kita ingat, semakin kita diduga. lalu tebal dan tipis iman kita jadi ukuran ketabahan kita.

    Syukur kerana kita masih sedar di mana kita berpijak.

    Semoga Iman dikurniakan kesihatan yang baik dan berada di dalam lindunganNya selalu. AMIN.

    p/s: arini Lily jadi ustazah daaa... hihi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Naz,

    Terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga. Terima kasih di atas semua semangat yang dikongsi bersama... dan terima kasih di atas setiap doa-doamu...

    Doakan diriku selamat dan tabah selalu ye... takut banget nihhh..

    ReplyDelete