Fuh! Bahayanya apabila tersalah berkata-kata...anda bakal dituduh penipu walaupun anda langsung tidak berniat untuk menipu. Malahan mungkin niat anda ketika itu hanyalah untuk memudahkan urusan, masih anda akan dipandang jahat andai anda tersalah memilih perkataan. Contoh, saya sudah bank in duit itu, sedangkan ayat yang sebenarnya ialah saya sudah beri duit itu. Perkataan bank in dan beri itu bermaksud pihak yang satu lagi itu telah menerima, tetapi berbeza pada tindakan...awas, perbezaan itu sahaja boleh menyebabkan anda dituduh penipu, seolah-olah kesalahan perkataan yang dipilih itu adalah tindakan keji seperti merompak bank!
Maka sentiasa berhati-hati dengan pemilihan perkataan dan lebih baik diam kalau tiada apa kebaikan yang hendak dibicarakan.
p/s:ada manusia yang sentiasa tenang. ada yang terlalu extreme dlm semua tindakan. yang extreme itulah memerlukan kita lebih berhati-hati dalam tindakan dan percakapan...atau lebih baik diam sahaja dengan golongan sebegini.
No comments:
Post a Comment