Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Friday, February 4, 2011

Adat Mencuri Sirih




Salam Jumaat...

Hari ini 4.2.2011, selamatlah sudah sahabat yang seorang itu bertunang. Tahniah utk Kak Zek (Zariah Khazidin) kerana telah menjadi tunangan orang. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja selepas ni, amin.

Pernah dengar tak adat mencuri daun sirih untuk anak-anak gadis yang belum kahwin ni? Konon-kononnya nak ambil berkatlah tu, kut-kut anak-anak gadis tu cepatlah sampai jodohnya.

Kejadian masa majlis pertunangan tadi memang agak kelakarlah. Berderet menunggu nak mencuri sirih ni tapi sekali... daaaa.... sirih tipu lerrr... Itu kalau nak kena kunyah, memang berbuih mulut sampai ke malam le... tak lumat-lumat. For the first time in my life dapat tengok sirih hantaran tipu punya. Nampaknya tak lama lagi adat sirih junjung akan lenyap sedikit demi sedikit. Tak apalah, adat saja pun. Bukannya hukum. :)

Mengikut cerita seorang kawan, orang dulu-dulu bawa sirih junjung masa majlis bertunang ni sebab sambil-sambil berbincang nak tetapkan hantaran dan tarikh kenduri, dia orang pakat-pakatlah makan sirih tu. Sekarang, ada lagi ke yang nak makan sirih? Susah dah nak cari. Sirih tu dah dikomersialkan jadi bahan penjagaan diri dah sekarang ni, tak payah nak kunyah-kunyah lagi.


5 comments:

  1. sy mulanya blur nape akak tu duk gelak2 sakan.. rupanya nk curi sirih. xpenah lak sy wat keje camtu sebelum ni, kt trg cam xder je.. ke sy je yg x biasa dgr. tp td mmg 1st time gak sy tgk sirih plastik. tipah tertipuuu..

    ReplyDelete
  2. ada la ati adat ni... kalau org yg tak de anak pulak, orang suruh curi senduk.. mcm2 la adat. tapi sekadar adat jer lah.. curi mencuri tu hukumnya berdosalah juga. :)

    ReplyDelete
  3. heheh..akak..sebenonye kan..saya penah gak curik sirih ni..tp blum ada efek lagi pon..hehehhe

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Terkenang kejadian saya mencuri sirih semasa majlis bertunang sorg kwn,bukan sirih jer,dgn pinang2 sekali kitorg rembat..hehehe..memang lawak giler time tue..tp smpai skrg blom ade efek jugak..hihihi..

    ReplyDelete
  5. cikceriacorner & Lia... sib baiklah cik iman xara ni tak pernah cuba, kalau tak harus kecewa sbb tak ada effect...:D

    ReplyDelete