Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Sunday, November 14, 2010

Raya raya raya

Dah lama sangat tak ada entri kat sini. Kalau ada yang rajin menjenguk, mesti dah bosan sangat tengok page yang tak bergerak-gerak ni. Apa alasan yang sesuai, ya?

Sibuk dengan kerja pejabat? Mungkin ya juga. Kadang-kadang kena stay sampai malam. Selagi tak nampak bulan, tak balik. Tapi itu sekali-sekala saja pun. Selalunya boleh saja balik bila jam jarum pendek ada di angka enam. Lagi pun, kalau ya pun penat bekerja, boleh pula update Facebook... Oooo Ooo... memang alasan yang tak boleh diterima.

Sibuk dengan kerja-kerja penulisan? Mungkin ya. Manuskrip terbaharu dah siap ditulis. Tinggal nak edit saja lagi. Dah berkali-kali baca, rasa macam dah muak sangat dah. Tapi, setiap kali baca, ada sajalah yang nak ditambah. Ada saja nak dipotong. Kalaulah ada orang tolong bacakan, alangkah....

Cuti raya nak datang lagi. Sibuk apa pula nanti di kampung nanti? Sibuk melayan anak-anak saudara kut. Tapi sibuk itu, sibuk yang dinanti-nanti. Lagi satu sibuk, mungkin sibuk menziarahi kenalan-kenalan lama yang baru ditemui di Facebook. Bagus juga ada facebook ni ya. Sekurang-kurangnya dapatlah juga menjalinkan kembali silaturrahim yang dah lama renggang dek kerana terpisah masa dan tempat...

Untuk itu...kerana segala kesibukan yang mendatang ini... adalah saya yang anda kenali (atau tak kenali) sebagai Iman Xara ingin

- memohon maaf kepada sesiapa yang selalu jenguk blog ni (ada ke?)
- mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua.... apakah pengorbanan terbesar yang pernah anda lakukan? Kalau boleh kita kongsi bersama nanti.... :)

4 comments:

  1. saya punye manuskrip tak siap2. dah sangkut nak dkt setahun. heheheh

    ReplyDelete
  2. sama la kite...kadang2 update blog, kadang2 tangguh sampai dah lupe tah bile kali terakhir update. bile jengok blog terkejut sendiri sebab tarikh terakhir ialah tiga bulan lepas. tak sedar. hehehe =)

    ReplyDelete
  3. gadisbunga, baru setahun sangkut. cukupkan setahun setengah.. hehe

    ReplyDelete
  4. sitie, masing-masing ada tuntutan hidup yg banyak. bkn semua orang ada masa senggang yang cukup utk update blog ni. anyway, 3 bln sekali tu masih ok kut...at least orang tahu kita hidup lagi.. haha

    ReplyDelete