Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Monday, November 29, 2010

K.I.T.A


Kita semua...sama saja

kita semua...
ada hati
ada rasa
ada benci
ada sayang

kita semua...
ada akal
pilih yang kiri
atau yang kanan
pilihan kita

di hadapan kita
ada ujian
aku kena begini
kau kena begitu
tapi itu sama saja
yang namanya boleh jadi berbagai-bagai
ujian
dugaan
atau pun cubaan...

jawapannya
aku pilih begini
kau pilih begitu
atau mungkin juga kita sama-sama pilih yang serupa
lalu kita jadi hampir sempurna
atau jadi semakin merana

atau
bila pilihan kita tidak lagi sama
aku terfikir bagaimana sampai kau memilih begitu
kau pun bertanya kenapa aku pilih begini
sedang soal hati itu
jauh duduknya di dalam sana
aku pun tak bisa meneka hatimu
kau pun tak mampu menebak rasaku

hari ini dan sampai bila-bila
kita sama saja
kita manusia...kalau kita mahu terus jadi manusia

hari ini dan sampai bila-bila
hidup kita tak pernah akan sunyi dari ujian-Nya

hari ini kalau kita di atas
lihat jugalah yang berada di bawah sana
kerana satu hari nanti
mungkin kita yang mendongak wajah
mencari secebis kasihan di hati mereka

Hari ini dan sampai bila-bila
Buatlah pilihan agar dapat terus dekat padaNya
andai satu hari nanti aku terlupa
ingatkanlah...

4 comments: