Aktiviti hujung minggu... memasak. Setelah hampir sebulan lebih tak ke dapur sebab masing-masing sibuk nak mengurangkan kilo, hari ni teringin pula nak makan nasi daging.
Inilah hasilnya, nasi daging versi sangat simple. Nak buat senang tapi hari ini nasib tak berapa baik sebab masa nak beli barang-barang nak memasak ni, kena samanlah pula dengan polis. Memang mencatat sejarah betul hari ni. Selama bertahun-tahun bawa kereta, tak pernah kena saman dengan polis. Hari ni, den kono.... Semuanya pasal nasi daging punya pasal... tapi apa pun, berbaloilah sebab dapat lepaskan kempunan. :)
No comments:
Post a Comment