Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Saturday, June 19, 2010

Popular @ Sunway Pyramid

Salam semua...

Harap dapat berjumpa pembaca-pembaca budiman sekalian di Sunway Pyramid untuk sesi bicara dan autograf bersama saya, Adileah & Pingu Toha pada esok 20 Jun 2010 jam 12 p.m hingga 1.30 p.m. Harap-harap tak diminta untuk mengulas novel sendiri sebab Iman Xara adalah manusia yang tak pandai hendak mengulas. Mengular tahulah...


~peace no war~ :)

Saturday, June 12, 2010

Nasi daging....


Aktiviti hujung minggu... memasak. Setelah hampir sebulan lebih tak ke dapur sebab masing-masing sibuk nak mengurangkan kilo, hari ni teringin pula nak makan nasi daging.
Inilah hasilnya, nasi daging versi sangat simple. Nak buat senang tapi hari ini nasib tak berapa baik sebab masa nak beli barang-barang nak memasak ni, kena samanlah pula dengan polis. Memang mencatat sejarah betul hari ni. Selama bertahun-tahun bawa kereta, tak pernah kena saman dengan polis. Hari ni, den kono.... Semuanya pasal nasi daging punya pasal... tapi apa pun, berbaloilah sebab dapat lepaskan kempunan. :)

Friday, June 4, 2010

Rasa-rasa

Kadang-kadang rasa macam nak mempertahankan apa yang dirasa. Kadang-kadang rasa buang masa.

Kadang-kadang rasa macam dah jatuh cinta. Kadang-kadang rasa macam dah tak ada apa-apa.

Kadang-kadang rasa macam susah sangat nak lupa. Kadang-kadang rasa macam malas nak fikir saja.

Kadang-kadang rasa macam nak cuba-cuba membenci. Kadang-kadang rasa macam sayang separuh mati.....

Rasa-rasa yang tak mampu ditelan, tak mampu jua diluahkan...