Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Sunday, July 19, 2009
Majlis Bicara Buku - 3
Sabtu lepas, aku ke JS untuk majlis bicara buku 3. Selamatlah sudah TPH dibicarakan dan juri-juri telah mendapati TPH telah... toootttt.... mengarut. :)
Okey, citer betul-betul ni. Majlis bicara buku 3 yang berlangsung di Jemari Seni pada 18 Julai yang lepas telah dianjurkan oleh pihak JS. Utk pertama kalinya aku menghadiri majlis yang sedemikian. 3 tajuk buku telah dibicarakan (macam dalam court)...iaitu Tanya Pada Hati (pembicaranya Saudari Wan Roslila & moderator Nurul Azura), Teluki itu utk aku (pembicaranya Saudari Sarina & moderator Nur Izati), Dame Zoete Sarah (pembicaranya Saudari Ramlah & moderatornya Nawwir).
Dari pihak aku, ucapan terima kasih aku pada saudari Wan Roslila kerana sudi beri komen-komen membina utk TPH. Aku terima semuanya demi untuk memperbaiki penulisan aku di masa-masa akan datang, Insya Allah. Satu aje yg aku tak berapa boleh terima...cover TPH warna pink menggambarkan kelembutan... ye betul..tapi bila dikatakan ianya menggambarkan penulisnya (aku le) yang lemah-lembut...uhuk! Mahu tersedak aku masa tu juga. Memang jauh beza cik wan... jaaaauuuh sangat :) Anyway, tqvm.
Makanan memang melimpah ruah semalam. Aku sempat jamah bihun goreng, sup yang sedap sangat (tapi sempat rasa sesenduk aje..huhu), garlic bread dan kuih muih yang lain.
Terima kasih buat tuan rumah dan tuan tanah... Kak Su, Kak Yah dan kepada semua. Jumpa saya kat luar, tegur-tegur le... sbb saya ni pemalu... hua hua hua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam..semoga karya akak lepas ni terus berkembang..lps ni ape citer trbaru??sy dh lame tunggu buah tangan akak yg baru..buku TPH tu dh 2-3 kali jugakla sy khatam n promote hbs kt kawan2..ape2 pun all the best n semoga trus success in everythg la yer..May Allah Bless..-nur
ReplyDeletesalam.... terima kasih sbb bg sokongan pada pada akak. doakan akak berjaya habiskan cerita yang dah lebih separuh siap ni...tu blm checking lagi tu...huhu..entah bila la nak siap tu. apa2 pun sabar menunggu ye... sayang semua.. :)
ReplyDelete