Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Wednesday, March 4, 2009

Pagi yang kelam-kabut

Dah seminggu tunggu tarikh hari ni, ada check up di Darul Ehsan Medical Centre. Pagi-pagi lagi dah keluar, konon nak cepat sampai, cepat jumpa doktor, cepat setelkan semua hal-hal berkaitan tu. Tapi, di tengah sesak-sesak jalan waktu pagi tu... sesedap rasa pula kuda hitam aku tu dihentam dari belakang, dah tercium pulak CRV kat depan. Tak pernah lagi seumur hidup jadi pemandu ni aku terlibat dengan kemalangan...terpinga-pinga sekejap tak tau nak buat apa. Di sebabkan masing-masing ada hal nak buat, kami bertiga bertukar-tukar no phone jer, layak orang baru-baru nak berkenalan je. Dah pagi-pagi terpaksa buat report polis pulak tu... Hah, yang melanggar tak bagi buat report polis pulak, nak setel luar katanya... Disebabkan dah banyak sangat kes-kes tipu tak nak buat report polis ni, aku tak berani ambil risiko, aku buatlah juga report polis.

Sudahnya, hari ni aku menapak ke stesyen LRT, transit di KL Sentral, ambil komuter pulak ke Shah Alam, ambil teksi lagi ke DEMC (tambang teksi sekarang RM6-kalau teksi tu bawak 3 penumpang,dah RM18 dia dapat utk ke tempat yang sama tu)...kering aku hari ni. Balik KL, kena faxkan pulak segala geran... terpaksa singgah cc minta faxkan geran sbb kat rumah manalah ada fax machine. Huh, dia charge RM2 sekeping.. 3 keping dah RM6. Duit lagi... macam air duit keluar hari ni.

Satu hal lagi nak pergi kerja, tak ada transport. Kereta siap dalam masa 4 hari.. hari bekerja ada lagi dua hari. Nak tak nak, kena applylah cuti terpaksa utk 2 hari. Termasuk sabtu ahad, aku bakal berkubang di rumah selama 4 hari, tak boleh nak ke mana-mana. Jangan sampai naik sawang dah la aku kat rumah ni. Harap-harap bolehlah aku setelkan apa-apa yang tak setel di rumah ni... kut blh siapkan lagi satu manuskrip baru...hmmm, bagus juga ye.

Macam ni lah hidup. Fail to plan, plan to fail...tapi plan punya plan pun, segalanya terletak di tangan tuhan juga akhirnya. Apa-apa pun, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya macam aku hari ni, dah banyak sangat belajar sedikit sebanyak ttg menangani kes kemalangan, ttg kos menaiki public transport yg ternyata melebihi kos memandu sendiri. Next time, aku kena lebih berhati-hati...

~ p e a c e ~

2 comments:

  1. kelam kabut nya.
    takpe.sabar2

    ReplyDelete
  2. itulah tu.... jgn kelam kabut mcm saya..huhuhu

    ReplyDelete