Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Monday, March 16, 2009
Persiapan terakhir...
Rasanya ini entri terakhir utk bulan ni... Insya Allah kalau panjang umur, adalah lagi lepas-lepas ni. Harap-harap selamatlah hendaknya.
Doakan aku selamat dan kembali aktif dalam semua bidang yang aku ceburi ye.. Amin...
Thursday, March 12, 2009
Tingkatkan keselamatan....
Pesanan buat diri sendiri dan semua yang membaca entri ni...
Semalam ada janji nak jumpa kawan, ada hal nak dibincang-bincangkan sikit sblm bercuti panjang. Tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul...eh tak, tunggu punya tunggu...dia tak sampai-sampai. Bila kawan aku call dia...jeng jeng jeng... jawapannya, saya baru kena rompak. Terkejut monkey sekejap kita orang yang menunggu ni. Macam mana sampai boleh kena rompak tengah-tengah ramai orang tu. Dia cakap, dia keluar dari seven Eleven tmn dagang tu...masuk kereta, tak lock pintu teruslah sibuk nak send no prepaid kat adik dia... tup-tup pintu dibuka dan pisau ada kat sebelah muka. Kalau dah macam tu gayanya...bagi ajelah apa yang diminta. Mujurlah perompak amatur tu just minta cash dan kad ATM (tapi pin no tak minta)...blur juga perompak tu. Apa-apa pun yg diminta...mmg sakit hati bila hak kita diambil orang. Kawan aku tu pun mula tu dah tak ada mood nak bercakap, bengang sbb telah diperlakukan dgn secara tidak adil. Untuk buatkan dia kembali ceria, kami pakat-pakat positifkan dia baliklah... mungkin perompak tu betul-betul terdesak, anak dia sakit ke, wife dia dah nak bersalin sangat ke tapi dia tak ada duit...alhamdulillah, dia blh terima dengan baik apa yang kami katakan tu... Uh, kalau benda ni jadi pada aku...rasanya susah juga nak terima hakikat tu. Mesti rasa cam nak pijak-pijak jer hamba ALLAH tu.. hehehe...
So, pesanan aku. Tingkatkan keselamatan kita semua. Jangan ambil mudah ttg apa-apa perkara pun. Dlm terang pun orang boleh buat jahat pada kita... dan kita pun jangan buat jahat pada orang juga... ~ p e a c e ~

Wednesday, March 4, 2009
Pagi yang kelam-kabut
Dah seminggu tunggu tarikh hari ni, ada check up di Darul Ehsan Medical Centre. Pagi-pagi lagi dah keluar, konon nak cepat sampai, cepat jumpa doktor, cepat setelkan semua hal-hal berkaitan tu. Tapi, di tengah sesak-sesak jalan waktu pagi tu... sesedap rasa pula kuda hitam aku tu dihentam dari belakang, dah tercium pulak CRV kat depan. Tak pernah lagi seumur hidup jadi pemandu ni aku terlibat dengan kemalangan...terpinga-pinga sekejap tak tau nak buat apa. Di sebabkan masing-masing ada hal nak buat, kami bertiga bertukar-tukar no phone jer, layak orang baru-baru nak berkenalan je. Dah pagi-pagi terpaksa buat report polis pulak tu... Hah, yang melanggar tak bagi buat report polis pulak, nak setel luar katanya... Disebabkan dah banyak sangat kes-kes tipu tak nak buat report polis ni, aku tak berani ambil risiko, aku buatlah juga report polis.
Sudahnya, hari ni aku menapak ke stesyen LRT, transit di KL Sentral, ambil komuter pulak ke Shah Alam, ambil teksi lagi ke DEMC (tambang teksi sekarang RM6-kalau teksi tu bawak 3 penumpang,dah RM18 dia dapat utk ke tempat yang sama tu)...kering aku hari ni. Balik KL, kena faxkan pulak segala geran... terpaksa singgah cc minta faxkan geran sbb kat rumah manalah ada fax machine. Huh, dia charge RM2 sekeping.. 3 keping dah RM6. Duit lagi... macam air duit keluar hari ni.
Satu hal lagi nak pergi kerja, tak ada transport. Kereta siap dalam masa 4 hari.. hari bekerja ada lagi dua hari. Nak tak nak, kena applylah cuti terpaksa utk 2 hari. Termasuk sabtu ahad, aku bakal berkubang di rumah selama 4 hari, tak boleh nak ke mana-mana. Jangan sampai naik sawang dah la aku kat rumah ni. Harap-harap bolehlah aku setelkan apa-apa yang tak setel di rumah ni... kut blh siapkan lagi satu manuskrip baru...hmmm, bagus juga ye.
Macam ni lah hidup. Fail to plan, plan to fail...tapi plan punya plan pun, segalanya terletak di tangan tuhan juga akhirnya. Apa-apa pun, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya macam aku hari ni, dah banyak sangat belajar sedikit sebanyak ttg menangani kes kemalangan, ttg kos menaiki public transport yg ternyata melebihi kos memandu sendiri. Next time, aku kena lebih berhati-hati...
~ p e a c e ~

Subscribe to:
Posts (Atom)