Kakiku terpeleot lagi... aduyai... boleh pulak tersalah langkah masa turun tangga. Walhal dah bertahun dah aku turun tangga yang sama, masih lagi tersalah pijak. Benda memang nak jadi, kan? Dah tak pasal-pasal hari ni lepak kat rumah lagi. Tapi, bila ingat-ingat balik, best juga dapat lepak-lepak kat rumah ni. Boleh rehat lebih sikit cuma...
Petang ni nak pergi mengurut kaki. Huh, rumah di Kg. Baru...nak mengurutnya sampai ke Puncak Alam....very far loohh.... Tapi itu sajalah tempat yang aku tahu ada orang pandai mengurut. Risau juga nak main redah je minta orang urutkan...silap-silap tambah sakit nanti. Elok-elok berkaki dua, tambah pula satu kaki lagi.
Satu lagi mujur, yang kenanya kaki kiri...jadi kaki kanan still boleh tekan minyak & brek kereta...terima kasih kepada orang yang bertanggung jawab mencipta kereta automatik. Kalau tidak, mungkin terpaksa mengharapkan ehsan orang lain nak menghantar aku pergi mengurut. Anyway, kawan-kawan aku semuanya sangat-sangat perihatin. Pagi-pagi tadi buka pintu rumah, ada losyen panas mustajab depan pintu rumah. Siap ada nota lagi. Rasa macam ada secret admirer pula masa tu..huhuhu... Thanks to Ezwaty a.k.a Ateq a.k.a Faiz Nur Kaya....
:)
Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Tuesday, March 23, 2010
Wednesday, March 17, 2010
Jom kita pi Pesta Buku kat PWTC....
Salam semua...
Pesta buku dah dekat sangat dah tu. Pasti ramai yang sudah merancang nak ke sana. Jangan lupa singgah di gerai Jemari Seni di D55, D56, D57 Dewan Tun Razak 3, PWTC... Insya Allah, kalau tak ada aral melintang pukang... saya akan berada di sana pada 20 & 28 Mac ini... Jumpa anda di sana..... sana... sana..
Wednesday, March 3, 2010
Alhamdulillahhhh.....
Baru blk dari DEMC. Alhamdulillah, yg dirisau sblm ni tak jadi kenyataan. Syukur, tak ada apa2 yg teruk dan memerlukan pembedahan. Dah blh senyum dan sambung menulis. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)