Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Saturday, September 26, 2009
Raya... Raya ke?
Salam...
Esok dah nak blk KL. Raya tahun ni, meriah dengan anak-anak sedara yang bertambah. Tahun depan kalau ada rezeki, tambah lagi 2 orang anak sedara baru, alhamdulillah. Duit raya untuk sepupu-sepupu dah blh dikurangkan thn ni, sebab ramai yang dah habis belajar dan dah kerja bergaji besar semuanya. Duit raya utk anak-anak sedara yang bertambah nampak gayanya tapi tak apa... seronok dapat bg duit raya pada dorang walaupun dorang bkn tahu pun nilai duit tu. :D
Thn ni, tak macam tahun2 yg lepas...sbbnya tak ada kek lapis. Tetamu pertama kat rumah aku, of coz puan mahanum, my best friend ever. Yang dia tanya, tak lain tak bukan "kek lapis mana?" Terkilan gak tak dpt kukus kek bakar tahun ni. Bknnya malas sangat nak buat tp sebenarnya tak nak membazir sbb kuih2 raya dah kek lain dah ada... kalau tambah lagi kek lapis tu, dah jadi bertambah benda nak dimakan. Karang yang dok depan TV dan makan kek tu, kalau bkn orang lain.. of coz ler si tukang buat...dah menambahkan lemak di badan, tu yg malas nak buat tu.
Mcm mana dengan raya adik-adik, kakak-kakak, abang-abang semua? Harap meriahlah dan diisi dengan program mengeratkan silaturahim seperti yg dianjurkan oleh agama ya. Jgn tersasar pula... sama-samalah beringat.
Thursday, September 17, 2009
Salam Aidilfitri
Salam buat semua...
Skrg ni tgh bersiap-siap nak balik kampung... tapi sempat juga nak online kejap sbb nak ucapkan selamat hari raya buat semua yang singgah @ lalu tapi tak singgah :D....
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...
Berhati-hati ketika berangkat balik kg... utamakan keselamatan.
Di pagi raya, jangan makan tak ingat dunia (ingatan buat diri sendiri juga :D)...jaga kesihatan.
Selamat bersilaturrahim bersama-sama keluarga tercinta... sampai jumpa lagi, SALAM LEBARAN

Tuesday, September 8, 2009
Merancang masa depan...
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
~Al Hasyr:18~
~Al Hasyr:18~
Subscribe to:
Posts (Atom)