Assalamualaikum....
Setelah sekian lama...baru hari ni rasa macam nak tulis sesuatu di sini.
Alhamdulillah, pesta buku dah berakhir minggu lepas. Dan aku berpeluang berada di booth JS selama 3 hari. Dapat jumpa ramai peminat2 buku...dan paling best dapat tengok karenah pengunjung2 di booth JS. Seronok sangat! Tengok Olly yang tak menang tangan melukis wajah-wajah manis pengunjung di booth kami.
Aku berpeluang jumpa dengan penulis2 JS yang lain : Kak Su, Imean, John, Nazurah, Syud, Pingu, Nazawati, Manjlara & Ruby Hazri. Damyahanna pun ada datang ke booth kami. Kecik molek jer orangnya. Tergamam sekejap masa tgk dia. Lawaa... :)Maaflah kalau sesiapa di antara mereka yang rasa susah nk berbual dgn aku ni... sbb aku ni pemalu. Har har har.
Last week, selain berita gembira di Pesta Buku, aku pun diuji dgn sedikit berita sedih. Sedih la juga kalau dah laptop kesayangan kena ambil dek orang. Mahunya tak sedih kan... nak beli punyalah susah. Nak hilang sekelip mata aje. Tapi dah nama pun kita ni meminjam dari ALLAH. Kalau Dia nak balik, bila-bila masa dia boleh ambil. Suka atau tak, kenalah merelakannya. Imaen cakap, insya ALLAH nanti digantikan dgn yang lebih baik. Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama. Alhamdulillah, hati rasa tenang dan tak kisah sgt pasal kehilangan tu. Cuma... untuk semua yang baca entri ni, berhati-hatilah. Especially yang ada laptop tu...kalau tinggalkan di rumah, jgn lupa cabut baterinya. Itu pesan bapa polisi tu pada aku. Dan aku berpesanlah pada semua...semoga mendapat iktibar di atas kelalaian seorang manusia bernama aku. :)
Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Wednesday, April 29, 2009
Monday, March 16, 2009
Persiapan terakhir...
Thursday, March 12, 2009
Tingkatkan keselamatan....
Pesanan buat diri sendiri dan semua yang membaca entri ni...
Semalam ada janji nak jumpa kawan, ada hal nak dibincang-bincangkan sikit sblm bercuti panjang. Tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul...eh tak, tunggu punya tunggu...dia tak sampai-sampai. Bila kawan aku call dia...jeng jeng jeng... jawapannya, saya baru kena rompak. Terkejut monkey sekejap kita orang yang menunggu ni. Macam mana sampai boleh kena rompak tengah-tengah ramai orang tu. Dia cakap, dia keluar dari seven Eleven tmn dagang tu...masuk kereta, tak lock pintu teruslah sibuk nak send no prepaid kat adik dia... tup-tup pintu dibuka dan pisau ada kat sebelah muka. Kalau dah macam tu gayanya...bagi ajelah apa yang diminta. Mujurlah perompak amatur tu just minta cash dan kad ATM (tapi pin no tak minta)...blur juga perompak tu. Apa-apa pun yg diminta...mmg sakit hati bila hak kita diambil orang. Kawan aku tu pun mula tu dah tak ada mood nak bercakap, bengang sbb telah diperlakukan dgn secara tidak adil. Untuk buatkan dia kembali ceria, kami pakat-pakat positifkan dia baliklah... mungkin perompak tu betul-betul terdesak, anak dia sakit ke, wife dia dah nak bersalin sangat ke tapi dia tak ada duit...alhamdulillah, dia blh terima dengan baik apa yang kami katakan tu... Uh, kalau benda ni jadi pada aku...rasanya susah juga nak terima hakikat tu. Mesti rasa cam nak pijak-pijak jer hamba ALLAH tu.. hehehe...
So, pesanan aku. Tingkatkan keselamatan kita semua. Jangan ambil mudah ttg apa-apa perkara pun. Dlm terang pun orang boleh buat jahat pada kita... dan kita pun jangan buat jahat pada orang juga... ~ p e a c e ~

Wednesday, March 4, 2009
Pagi yang kelam-kabut
Dah seminggu tunggu tarikh hari ni, ada check up di Darul Ehsan Medical Centre. Pagi-pagi lagi dah keluar, konon nak cepat sampai, cepat jumpa doktor, cepat setelkan semua hal-hal berkaitan tu. Tapi, di tengah sesak-sesak jalan waktu pagi tu... sesedap rasa pula kuda hitam aku tu dihentam dari belakang, dah tercium pulak CRV kat depan. Tak pernah lagi seumur hidup jadi pemandu ni aku terlibat dengan kemalangan...terpinga-pinga sekejap tak tau nak buat apa. Di sebabkan masing-masing ada hal nak buat, kami bertiga bertukar-tukar no phone jer, layak orang baru-baru nak berkenalan je. Dah pagi-pagi terpaksa buat report polis pulak tu... Hah, yang melanggar tak bagi buat report polis pulak, nak setel luar katanya... Disebabkan dah banyak sangat kes-kes tipu tak nak buat report polis ni, aku tak berani ambil risiko, aku buatlah juga report polis.
Sudahnya, hari ni aku menapak ke stesyen LRT, transit di KL Sentral, ambil komuter pulak ke Shah Alam, ambil teksi lagi ke DEMC (tambang teksi sekarang RM6-kalau teksi tu bawak 3 penumpang,dah RM18 dia dapat utk ke tempat yang sama tu)...kering aku hari ni. Balik KL, kena faxkan pulak segala geran... terpaksa singgah cc minta faxkan geran sbb kat rumah manalah ada fax machine. Huh, dia charge RM2 sekeping.. 3 keping dah RM6. Duit lagi... macam air duit keluar hari ni.
Satu hal lagi nak pergi kerja, tak ada transport. Kereta siap dalam masa 4 hari.. hari bekerja ada lagi dua hari. Nak tak nak, kena applylah cuti terpaksa utk 2 hari. Termasuk sabtu ahad, aku bakal berkubang di rumah selama 4 hari, tak boleh nak ke mana-mana. Jangan sampai naik sawang dah la aku kat rumah ni. Harap-harap bolehlah aku setelkan apa-apa yang tak setel di rumah ni... kut blh siapkan lagi satu manuskrip baru...hmmm, bagus juga ye.
Macam ni lah hidup. Fail to plan, plan to fail...tapi plan punya plan pun, segalanya terletak di tangan tuhan juga akhirnya. Apa-apa pun, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya macam aku hari ni, dah banyak sangat belajar sedikit sebanyak ttg menangani kes kemalangan, ttg kos menaiki public transport yg ternyata melebihi kos memandu sendiri. Next time, aku kena lebih berhati-hati...
~ p e a c e ~

Friday, February 20, 2009
Menunggumu

Datanglah seribu beban
Aku hanya memikul amanahmu
Datanglah sejuta kelam
Aku inginkan hanya cahayamu
Hadirlah beribu sendu
Aku hanya ingin pujukanmu
Hadirlah berjuta amarah
Aku hanya inginkan salju kasihmu
Tatkala resah itu terus bertali
Aku mengerti... kau kasihku
Tatkala ujian itu terus meniti
Aku mengerti... kau cintaku
Aku tak perlu kau selalu di sisi
Menemani setiap detik rasaku
Cukup aku mendengar suara kasihmu
Lewat angin lalu yang menyapa
Dengan takzim dan cinta
Bukan aku menghindar untuk selalu bersama
Kerna kutahu kau pembawa lantera
Menyuluh segenap jiwa
bersama semesta arjuna cintaNya
dan aku tak pernah derita
hanya kerana tak memilikimu seluruhnya
Di sana bahagia menanti
Di sana sudah terpatri seluruh janji
Janji yang benar tanpa dusta
Aku mohon untuk menunggumu di sana...
Tuesday, February 17, 2009
Perancangan utk hari-hari mendatang
Hari dah ditetapkan... persiapan mental, blm cukup lagi. Fizikal, lepas hari tu baru tahu la mampu ke tidak.. tapi harap-harap semuanya berjalan dgn lancar dan moga panjanglah hendaknya umurku untuk beberapa waktu lagi.
Mulai esok hingga minggu depan, aku perlu siapkan kerja-kerja di pejabat sebelum pejabat itu aku tinggalkan untuk beberapa waktu yang akan datang. Jenuhlah nak siapkan semua kerja dlm masa yg singkat. Lepas itu... kalau panjang umur aku, aku akan bercuti paaanjaaang sampailah keadaan mengizinkan aku kembali bergerak seperti biasa... harap-harap tak lama sebab perjuangan belum selesai...perjuangan apa? Nabil kata, "lu fikirlah sendiri"... aku kata..."tak boleh beritahu, itu rahsia negara". ;)
Buat teman-teman, doakan aku sihat dan selamat. Buat semua yang mengunjungi blog ini, harap dapat juga mendoakan aku... Yang baik dari ALLAH, yang buruk itu atas kelemahan aku sendiri...
Pesanan buat semua... Jaga kesihatan (jangan jadi macam aku), jaga diri (perlu selalu), jaga agama (ini yang utama).

Monday, February 9, 2009
Terima kasih teman...

Gerimis itu...
Menitis dan memercik
pintu hatiku tertutup sayu
menahan seribu getaran
menghalang gerimis duka itu singgah
Aku takut...
Semangat itu kian pudar
Harapan itu kian tersejat
Ditiup cerca dan nista
Rela...
Aku terima tanpa kata
Sepatah pun tidak aku luahkan
Aku cuma memasung rasa
Tapi dia...
Berdiri di depanku bagai wira
membuang titisan air mata
menahan agar aku tidak goyah
meniupkan kembali semangat
yang satu ketika dulu pernah membara
Usai sudah derita itu...
Kerna dia ada
Hilang sudah gundah itu...
Kerna dia hadir
Dan semangat itu kembali kugenggam
Kerna dia membinaku...
Untuk itu,
terima kasih teman...
Sukar aku berdiri tanpamu
Subscribe to:
Posts (Atom)