Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Thursday, November 10, 2011
11-11-11
Semalam 10/11/2011, dapat berita dari adik... Nur Iman Zahraa, anak saudara baharuku akan dibedah untuk membesarkan ususnya pada 11/11/2011. Tarikh yang sangat cantik, yang semua orang sudah mula menulis di facebook dan blog betapa cantiknya tarikh itu. Tapi, aku sangat faham bagaimana perasaan adik dan adik ipar aku yang akan sentiasa berdebar menanti di luar bilik pembedahan sepanjang proses pembedahan itu berlaku. Si kecil Iman Zahraa itu baru beberapa minggu lahir ke dunia ni, sudah diuji dengan sedikit masalah tentang ususnya. Ujian sebenarnya bukan untuk dia, tetapi untuk adik dan adik ipar, juga keluarga terdekat mereka.. termasuklah aku. Tapi dalam hati ni, berkata satu saja.... Yang berlaku itu ialah sesuatu yang baik dan Nur Iman Zahraa itu sihat dan pasti membesar menjadi anak yang sihat dan sentiasa berbakti kepada agama dan ibu bapanya. Amin.... :)
Monday, October 10, 2011
Biarkan pergi
Kalau hari ini,
Aku harus tunduk dan menangis
Kerana rasa sepi yang mencengkam diri
Kerana rasa kecewa yang membusung di hati
Aku juga harus tunduk dan mengerti
Mungkin dia juga pernah merasa seperti ini
Rasa sepi dan kecewa
Rasa yang pernah aku beri
Kalau hari ini
Aku harus bentangkan selautan doa
Agar tenang hati yang lara
Agar mencairlah seluruh derita....
Aku juga harus bentangkan selautan maaf
Kerana aku pernah buat dia derita
Aku pernah hadiahkan dia sebuah lara
Lalu hari ini,
Aku akur mengapa perlu begini
Mengapa aku yang merasa sepi
Mengapa aku yang ternanti-nanti
Kerana dahulu, begitulah dia bertanya
Tanya yang tak pernah aku peduli
Dan hari ini,
Doaku masih bertali
Agar khilaf itu tak akan aku ulangi
Biarlah pergi
Tinggalkan aku di sini
Untuk menanti lagi...

Thursday, September 29, 2011
Salam,
Tiba-tiba hari ini rasa macam nak menulis. Sebab? Sebabnya hati ni rasa sayu semacam je. Kenapa? Tak tahulah. Tak kan nak salahkan pada cuaca mendung dan hujan renyai-renyai ni. Memang tak patut sangat kalau salahkan apa-apa yang dijadikan Tuhan. Yang pentingnya sekarang ni, memang hati rasa sayu... Huhuhuhu...
Cerita hati ni kalau tak berkait dengan cinta, adalah sebab-sebab lain juga. Tapi, rasanya yang ini memang fasal lima huruf tu. Masalahnya, tak tahu nak cerita macam mana sebab diri sendiri pun sedang dalam situasi tidak tahu hendak dikategorikan sebagai apa. Bila perbicaraan hati tak pernah ada saksi dan tak pernah ada lafaz, memang macam inilah jadinya. Tergantung tak bertali. Sedih kan... sedih laa... waaaaaaaaaaaa.... tisu dah habis.

Thursday, August 25, 2011
Salam Aidilfiri
Saya tahu, saya memang sangat jarang nak update blog ni... apa boleh buat kalau dah M tu besar sangat, kan?
Saya tak tahulah, ada ke tidak orang yang sudi jenguk-jenguk lagi blog sepi macam rumah berhantu ni... tapi saya nak juga ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pengunjung blog ini (kalau ada), semua pembaca novel-novel saya, semua pembaca karya-karya penulis di Jemari Seni Sdn Bhd, semua sahabat handai, saudara mara dan sesiapa sahajalah yang menyambut Aidilfitri ini tahun.... Semoga kita bergembira dengan cara yang sepatutnya dan tidak berlebih-lebihan. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna untuk kita semua dan semoga kita semua akan benar-benar kembali kepada fitrah Allah yang tak pernah berubah itu.

Saturday, July 2, 2011
Menerima Perbezaan
Kita memang dijadikan berbeza. Berbeza rupa, berbeza bangsa, berbeza agama, berbeza ideologi dan bermacam-macam perbezaan lagi. Sememangnya perbezaan itu sudah dijadikan oleh Allah agar kita mencari satu perkara yang menyatukan semua perbezaan itu di bawah satu bumbung. Andai kita semua sama saja, cuba bayangkan betapa mudahnya kita menjadi sejahtera. Persoalannya, kalau Allah mahukan semua manusia sama dan hidup sejahtera, cukup hanya dengan Kun Fa Ya Kun... Jadi, maka jadilah. Tetapi, mengapa pula dijadikan kita ini berbeza-beza.
Kerana sesuatu perbezaan, manusia bertikam lidah. Kerana orang lain tidak mahu sama seperti kita, kita bermusuhan dengan mereka. Kerana kita tidak mahu dianggap berfikiran atau berpegangan yang sama dengan orang lain, lalu kita memejamkan mata kepada mereka. Kita berbeza dan kita menjadikan perbezaan itu sebagai satu tiket untuk merasa lebih baik dari orang lain. Sedangkan, Allah berfirman dalam surah Al Hujuraat, ayat ke 13 yang bermaksud :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Kita sememangnya dilahirkan berbeza dan kita disarankan dengan jelas agar saling kenal-mengenal di antara kita. Daripada kenal mengenal itulah, wujudnya kefahaman tentang mengapa kita berbeza dari yang lainnya. Dan daripada kenal mengenal itulah, kita lebih menghormati mereka yang berbeza dengan kita. Tidak ada sesiapa pun yang lebih baik daripada yang lainnya melainkan orang yang paling bertaqwa di antara kita. Dan orang yang bertaqwa itu pasti tidak akan menjadikan mereka yang berbeza itu sebagai musuh sebaliknya akan mencuba untuk mengurangkan jurang perbezaan itu dengan memberi kefahaman yang baik kepada mereka yang berbeza daripadanya.
Dan mengapa Allah tidak menjadikan usaha untuk menjadi sejahtera dan menyatukan semua perbezaan itu di bawah satu bumbung sesuatu yang mudah? Buktinya terjadi perlbagai pepecahan di dunia ini walhal mengaku bertuhankan kepada Tuhan yang satu. Kerana Dia mahu melihat siapa sebenarnya di antara kita yang lebih bertaqwa, berbuat ke arah menegakkan sesuatu yang disyariatkan tanpa menimbulkan perpecahan
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." ~Asy Syuura:13~

Thursday, June 9, 2011
Andainya Kutahu
Tidak kucuba untuk menidakkan
Rasa halus yang semakin menjalar
Rasa halus yang semakin menjalar
Tidak kucuba untuk mencantas
Kudup kecil yang semakin berkembang
Pada lembaran hidupku ini
Seribu rasa telah pun sebati di hati
Seringnya menusuk dan pilu
Mengalirkan sendu yang hanya aku yang mengerti
Aku akur,
Dalam perjalanan ini
Tak mampu kumiliki semua yang kuingini
Biar sudah di genggaman tangan
Terpaksa jua kulepaskan pergi
Kerna sedar kerdilnya diri ini
Tak mungkin kan dapat merubah takdirNya
Aku mengerti,
Tiada yang lebih mengetahui selain Dia
Sedang diriku sendiri
Sukar untuk mengerti perasaan hati
Marah, kecewa, sedih ataukah bahagia…
Hanyalah Dia yang lebih tahu
Bila mendung akan berlalu
Dan bila sinar bakal menjelma
Sunday, May 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)