Selamat datang ke Utusan Hati

Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?



Friday, February 4, 2011

Adat Mencuri Sirih




Salam Jumaat...

Hari ini 4.2.2011, selamatlah sudah sahabat yang seorang itu bertunang. Tahniah utk Kak Zek (Zariah Khazidin) kerana telah menjadi tunangan orang. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja selepas ni, amin.

Pernah dengar tak adat mencuri daun sirih untuk anak-anak gadis yang belum kahwin ni? Konon-kononnya nak ambil berkatlah tu, kut-kut anak-anak gadis tu cepatlah sampai jodohnya.

Kejadian masa majlis pertunangan tadi memang agak kelakarlah. Berderet menunggu nak mencuri sirih ni tapi sekali... daaaa.... sirih tipu lerrr... Itu kalau nak kena kunyah, memang berbuih mulut sampai ke malam le... tak lumat-lumat. For the first time in my life dapat tengok sirih hantaran tipu punya. Nampaknya tak lama lagi adat sirih junjung akan lenyap sedikit demi sedikit. Tak apalah, adat saja pun. Bukannya hukum. :)

Mengikut cerita seorang kawan, orang dulu-dulu bawa sirih junjung masa majlis bertunang ni sebab sambil-sambil berbincang nak tetapkan hantaran dan tarikh kenduri, dia orang pakat-pakatlah makan sirih tu. Sekarang, ada lagi ke yang nak makan sirih? Susah dah nak cari. Sirih tu dah dikomersialkan jadi bahan penjagaan diri dah sekarang ni, tak payah nak kunyah-kunyah lagi.


Sunday, January 16, 2011

Kau Curi Hatiku


Assalamualaikum...



Kau curi hatiku, tajuk yang telah dipilih untuk novel terbaharu dari saya... Dari bab 1 yang boleh dibaca di web Jemari Seni, mungkin ada yang sudah boleh meneka arah mana jalan cerita ini.



Dipendekkan cerita, watak utama dalam Kau Curi Hatiku ini ialah Arissa dan Zamil. Mereka tidak pernah serasi sejak mula kenal. Ada-ada sahaja yang dilakukan Zamil untuk menaikkan darah Arissa. Arissa pula bukan jenis yang menerima sahaja pertuduhan dan kata keji yang ditujukan kepadanya. Maka, seringlah berlaku pergaduhan mulut di antara mereka berdua. Zamil sering membeza-bezakan di antara Arissa dan seorang teman bernama Ain. Ain adalah seorang gadis yang dicintai oleh Zamil. Namun, hati orang, hati oranglah juga. Cinta bukan boleh dipaksa-paksa. Kisah cinta bersama Ain yang dijaja Zamil, rupa-rupanya tidak pernah pun berbalas. Hanya kerana tingkah laku Ain yang menurut sahaja kehendak Zamil, lelaki itu merasakan yang gadis itu mencintainya.


Arissa juga pernah bercinta dan cintanya dengan Firdaus terputus kerana suatu perkara. Dan sejak percintaannya terputus, Arissa tidak pernah membuka hatinya kepada mana-mana lelaki pun. Namun, bagaimana pula cinta Arissa akhirnya boleh bersatu dengan Zamil?
Bagaimana pula Zamil boleh bertukar arah mencintai Arissa? Bagaimana pula Arissa boleh menerima cinta Zamil yang pernah dibencinya sepenuh hatinya itu? Apa pula yang berlaku dalam perjalanan cinta Arissa dan Zamil? Biarlah rahsia... hehehe... (Nur mesti marah ni, kan?)


Perjalanan hidup kita tidak akan tenang sehingga ke akhirnya... pasti akan ada ujian dari Tuhan untuk menguji seteguh mana iman kita. Andai kita mampu bersabar, pasti akan dibalas Tuhan dengan perkara yang lebih baik lagi.... mungkin inilah kesimpulan yang boleh diberikan untuk ringkasan Kau Curi Hatiku.



Tak tahulah bagaimana penerimaan pembaca tentang KCH ini. Berdebar-debar dan berderau-derau rasanya... Harap-harap semua akan suka dengan KCH ini ye...

Tuesday, January 4, 2011

Minyak Naik ke Naik Minyak

Minyak naik lagi...

Senyum semua...

Tak ada apa pun nak dicoretkan di sini... cuma terkenangkan seorang teman bila bercakap soal harga minyak yang naik...

Katanya :

Semua orang tahu hari ni minyak naik,
Yang orang tak tahu lagi macam mana kalau aku naik minyak...

Ha, jawappp....

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah untuk semua.

Kenangilah jerih peritnya hijrah Rasulullah bersama-sama penolong-penolong agama Allah yang setia itu demi memastikan kalimah Allah tertegak di muka bumi.

Kenangilah kesukaran yang baginda hadapi bersama-sama sahabat-sahabat baginda yang taat dan patuh kepada perintah Allah demi untuk menyembah kepada Allah sahaja dan menjauhkan diri dari taghut.

Kenangilah betapa payahnya hendak mengangkat agama Allah itu agar berada di atas...walau hakikatnya tempatnya adalah yang paling tinggi, tidak ada yang lebih tinggi dari itu... namun...

Kita sendiri mampu melihat bagaimana agama itu di masa kini.

Tangan siapakah yang menjatuhkan ia?

Fahamilah...

Adakah kita peduli dengan semua itu?
Cukupkah sekadar kita hidup dalam keadaan cukup makan dan cukup pakai...

Atau sebenarnya, ada amanah besar yang kita perlu galas... sebagai waris kepada pusaka yang baginda tinggalkan...

"Kutinggalkan kepadamu dua perkara pusaka, tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama mana kamu berpegan g kepada kedua-duanya; iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya."

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.. :)

Thursday, December 2, 2010

andai ku tahu


Dahulu,

Kau mencari aku
di balik riuh masa
Aku yang tak pernah tahu
berlalu
tak sekilas pun menoleh

Dahulu,

Kau merenung aku
di sebalik ranting remaja
Kau berharap agar aku berpaling
dan melihatmu di situ

Dahulu,
Kau tunduk merendah diri
Bila aku tak pernah sekali pun
melirik ke arahmu
sedangkan aku...tak pernah tahu.

Di kala itu,
Kau lah perindu sepi

Saat ini,
Hari telah lama berganti
Bulan dan tahun telah jauh berlari
Sepi tertinggal di perdu hati
Bila kini aku tahu
Dahulu kau lah perindu itu

Saat ini,
Seperti dunia yang telah berubah
Aku tercari-cari dirimu
Di balik masa lalu kita
Aku merintih di celah-celah
rasa rindu di usia dahulu

mungkinkah akan bertemu lagi

pada cinta yang dahulu

atau sepi itulah kata hati


andai dahulu ku tahu....

berubahkah segalanya?

Bila waktu telah berakhir - Opick

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sedari
masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa berlalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yang ada
akan kembali padaNya

bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

Wednesday, December 1, 2010

Dulu cinta sekarang benci

Pernah tak, satu masa dulu kita suka sangat dengan seseorang. Tiap-tiap hari nak tengok muka dia saja. Tiap-tiap masa nak dengar cerita pasal dia saja. Kalau orang tak nak sembang pasal dia pun, kita saja suka nak sebut tentang dia. Ungkitlah macam-macam cerita lama-lama, asal saja kita sebut nama dia.

Semuanya tentang dia.

Kadang-kadang kalau nak berjumpa ramai-ramai, kita berharap dia pakai baju sama warna dengan kita. Biar orang lain cakap

"Wah, macam berjanji jer."

atau

"Wow, korang ni ada apa-apa ke?"

Dan kita pun jadi suka sangat kalau perkara tu terjadi. Macam dilambung atas awan rasanya. Senyum sampai tak nak surut. Sukalah sangat rasanya.

Tapi, bila keadaan berubah... perasaan kita juga turut berubah.

Bila kita rasa perasaan kita dah berubah terhadap dia, mulalah rasa malas sangat nak dengar pasal dia... apa lagi nak bercerita pasal dia. Benci sungguh-sungguh. Kalau dulu cinta seratus persen, bak kata Mas Idayu... sekarang sudah tukar pula... benci seratus persen pula.

Kadang-kadang okey juga kalau mampu jadi begitu. Kita tak perlu lagi berharap pada si dia itu. Kalau boleh lupa terus lagi senang. Kalaulah semudah itu untuk melupakan. Orang kata, kalau nak jatuh sayang pada seseorang tu, cukup hanya dalam beberapa saat atau minit atau hari sahaja. Tapi, untuk melupakan... mungkin ambil masa seumur hidup.

Sakitkan, bila hati dah bertekad kata tidak... tapi masih juga ada satu lagi jalur cemburu. Bencinya, bila dah kental berazam untuk tidak lagi peduli, tiba-tiba pula rasa sedih bila teringat tentang dia.

Perasaan apa agaknya semua tu? Sayangkah atau benci? Atau... sebenarnya kita masih tuli dan tidak pernah tahu....perasaan itu lilitan di hati. Kalau tiada sesiapa hendak membukakan simpulannya, kitalah yang perlu bertekad untuk membukanya. Sedikit-sedikit, lama-lama pasti berjaya. Daripada hidup bergenang air mata, lebih baik belajar melupakan derita. Lebih baik kan?