Wala wei.. lama gila tak update blog. Sangatlah bz dan masalah masa yang tidak cukup 24 jam ni...
Pagi ni bila aku tulis kat YM, sedih mengenangkan atok dah tak ada... ramai yag blur. Atok mana plak ni, dorang tanya. Yang sebenarnya, semalam (23/06/09) bapa tuan rumah aku a.k.a atok suami wardina safiyah dah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Umur dia dah 90 tahun. Rasanya dah dekat setahun dia terlantar selepas jatuh dalam bilik air. Sebelum ni dia boleh berjalan dari rumah ke masjid. Walaupun lambat tapi still mampu. Cuma selepas dia jatuh dalam bilik air, dia hanya mampu terlantar di katil.
Kenapa aku sedih pula? Ya lah, walaupun bukan atok aku betul-betul tapi aku biasalah borak-borak dengan dia...sembang-sembang walaupun kadang-kadang aku tak faham apa yang dia tanya. Maklumlah, umur dia yang dah lanjut tu buatkan dia dah lupa banyak perkara. Selalu pagi-pagi masa aku jalan kat sebelah rumah dia, mesti dengar atok bercakap. Memang tak faham butir bicara dia tapi dah jadi macam hiburan pula pada aku. Hmmm... mulai hari ni, aku dah tak boleh dengar lagi suara atok berbual sorang-sorang, kadang-kadang dia berpantun, menyanyi.
Pada keluarga arwah, aku harap dia orang banyak-banyak bersabar dan redha atas pemergian atok. Semoga roh atok di tempatkan di sisi tuhan yang menyayanginya... amin.
- bila pula tibanya masa kita? -
Bibir biasanya sukar melafazkan apa yang hati ingin luahkan kerana terbatasnya manusia itu dengan rasa malu dan rendah diri. Luahan dengan tinta di atas permukaan apa pun, menjadi utusan untuk hati berbicara...
Selamat datang ke Utusan Hati
Selamat datang ke Utusan Hati ... Apa yang hati anda sedang katakan?
Wednesday, June 24, 2009
Thursday, May 28, 2009
Sepi....
Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
....lagu ni sgt terkesan di hati buat masa ini.... sepinya... :(

Wednesday, May 13, 2009
Positif Thinking...
Borak2 dgn kawan semalam...
Ada info penting yang aku dapat. Dalam Al Quran surah Adz Dzaariyat ayat ke 23 Allah ada sebut... "Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan."...
Dah banyak kali dengar dalam program motivasi pasal positif thinking, tapi baru semalam aku tahu di mana anjuran untuk berfikiran positif tu Allah sebut dalam kitabNya. Itulah ayatnya. Nak percaya, tak nak percaya? Kalau tak nak percaya pada orang yang bagi motivasi tu, okey lagi. Tapi kalau tak nak percaya ayat dalam Al Quran tu, kena fikir banyak kali tu... jatuh tidak beriman jadinya kalau tak percaya satu ayat pun.
Fikir punya fikir, dalam hidup aku sendiri memang terbukti semua tu terjadi. Fikir buruk, dapatlah keburukan. Sekali dapat keburukan, fikir lagi benda yang buruk-buruk... dan keburukan yang lain terus terjadi. Kata orang, macam diseru-seru jer benda tu datang. Lain pula bila rasa happy, semua benda-benda yang happy jer yang jadi sepanjang hari. Itulah power tak powernya minda kita ni... kata orang, Thought become thing... so, fikirlah yang baik-baik.
Macam kes ragut ni. Bila liputan meluas di media massa, kes pun semakin banyak...macam dah jadi tren pulak. Macam terus diseru-seru utk terjadi. Patutlah dulu-dulu bila tengok berita, asal kes buang anak hari ni keluar kat paper, esok lusa ada lagi kes yang sama.. itu yang dilaporkan. Yang tak dilaporkan tak tahulah banyak mana lagi. So, utk mengelakkan perkara buruk tu terus berlaku, meh la kita sama-sama fikirkan tentang keamanan... Jadilah insan prodamai.... wahhhhhh gitu.

Wednesday, April 29, 2009
Episod kehidupan seminggu...
Assalamualaikum....
Setelah sekian lama...baru hari ni rasa macam nak tulis sesuatu di sini.
Alhamdulillah, pesta buku dah berakhir minggu lepas. Dan aku berpeluang berada di booth JS selama 3 hari. Dapat jumpa ramai peminat2 buku...dan paling best dapat tengok karenah pengunjung2 di booth JS. Seronok sangat! Tengok Olly yang tak menang tangan melukis wajah-wajah manis pengunjung di booth kami.
Aku berpeluang jumpa dengan penulis2 JS yang lain : Kak Su, Imean, John, Nazurah, Syud, Pingu, Nazawati, Manjlara & Ruby Hazri. Damyahanna pun ada datang ke booth kami. Kecik molek jer orangnya. Tergamam sekejap masa tgk dia. Lawaa... :)Maaflah kalau sesiapa di antara mereka yang rasa susah nk berbual dgn aku ni... sbb aku ni pemalu. Har har har.
Last week, selain berita gembira di Pesta Buku, aku pun diuji dgn sedikit berita sedih. Sedih la juga kalau dah laptop kesayangan kena ambil dek orang. Mahunya tak sedih kan... nak beli punyalah susah. Nak hilang sekelip mata aje. Tapi dah nama pun kita ni meminjam dari ALLAH. Kalau Dia nak balik, bila-bila masa dia boleh ambil. Suka atau tak, kenalah merelakannya. Imaen cakap, insya ALLAH nanti digantikan dgn yang lebih baik. Kawan-kawan pun cakap perkara yang sama. Alhamdulillah, hati rasa tenang dan tak kisah sgt pasal kehilangan tu. Cuma... untuk semua yang baca entri ni, berhati-hatilah. Especially yang ada laptop tu...kalau tinggalkan di rumah, jgn lupa cabut baterinya. Itu pesan bapa polisi tu pada aku. Dan aku berpesanlah pada semua...semoga mendapat iktibar di atas kelalaian seorang manusia bernama aku. :)

Monday, March 16, 2009
Persiapan terakhir...
Thursday, March 12, 2009
Tingkatkan keselamatan....
Pesanan buat diri sendiri dan semua yang membaca entri ni...
Semalam ada janji nak jumpa kawan, ada hal nak dibincang-bincangkan sikit sblm bercuti panjang. Tunggu punya tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul...eh tak, tunggu punya tunggu...dia tak sampai-sampai. Bila kawan aku call dia...jeng jeng jeng... jawapannya, saya baru kena rompak. Terkejut monkey sekejap kita orang yang menunggu ni. Macam mana sampai boleh kena rompak tengah-tengah ramai orang tu. Dia cakap, dia keluar dari seven Eleven tmn dagang tu...masuk kereta, tak lock pintu teruslah sibuk nak send no prepaid kat adik dia... tup-tup pintu dibuka dan pisau ada kat sebelah muka. Kalau dah macam tu gayanya...bagi ajelah apa yang diminta. Mujurlah perompak amatur tu just minta cash dan kad ATM (tapi pin no tak minta)...blur juga perompak tu. Apa-apa pun yg diminta...mmg sakit hati bila hak kita diambil orang. Kawan aku tu pun mula tu dah tak ada mood nak bercakap, bengang sbb telah diperlakukan dgn secara tidak adil. Untuk buatkan dia kembali ceria, kami pakat-pakat positifkan dia baliklah... mungkin perompak tu betul-betul terdesak, anak dia sakit ke, wife dia dah nak bersalin sangat ke tapi dia tak ada duit...alhamdulillah, dia blh terima dengan baik apa yang kami katakan tu... Uh, kalau benda ni jadi pada aku...rasanya susah juga nak terima hakikat tu. Mesti rasa cam nak pijak-pijak jer hamba ALLAH tu.. hehehe...
So, pesanan aku. Tingkatkan keselamatan kita semua. Jangan ambil mudah ttg apa-apa perkara pun. Dlm terang pun orang boleh buat jahat pada kita... dan kita pun jangan buat jahat pada orang juga... ~ p e a c e ~

Wednesday, March 4, 2009
Pagi yang kelam-kabut
Dah seminggu tunggu tarikh hari ni, ada check up di Darul Ehsan Medical Centre. Pagi-pagi lagi dah keluar, konon nak cepat sampai, cepat jumpa doktor, cepat setelkan semua hal-hal berkaitan tu. Tapi, di tengah sesak-sesak jalan waktu pagi tu... sesedap rasa pula kuda hitam aku tu dihentam dari belakang, dah tercium pulak CRV kat depan. Tak pernah lagi seumur hidup jadi pemandu ni aku terlibat dengan kemalangan...terpinga-pinga sekejap tak tau nak buat apa. Di sebabkan masing-masing ada hal nak buat, kami bertiga bertukar-tukar no phone jer, layak orang baru-baru nak berkenalan je. Dah pagi-pagi terpaksa buat report polis pulak tu... Hah, yang melanggar tak bagi buat report polis pulak, nak setel luar katanya... Disebabkan dah banyak sangat kes-kes tipu tak nak buat report polis ni, aku tak berani ambil risiko, aku buatlah juga report polis.
Sudahnya, hari ni aku menapak ke stesyen LRT, transit di KL Sentral, ambil komuter pulak ke Shah Alam, ambil teksi lagi ke DEMC (tambang teksi sekarang RM6-kalau teksi tu bawak 3 penumpang,dah RM18 dia dapat utk ke tempat yang sama tu)...kering aku hari ni. Balik KL, kena faxkan pulak segala geran... terpaksa singgah cc minta faxkan geran sbb kat rumah manalah ada fax machine. Huh, dia charge RM2 sekeping.. 3 keping dah RM6. Duit lagi... macam air duit keluar hari ni.
Satu hal lagi nak pergi kerja, tak ada transport. Kereta siap dalam masa 4 hari.. hari bekerja ada lagi dua hari. Nak tak nak, kena applylah cuti terpaksa utk 2 hari. Termasuk sabtu ahad, aku bakal berkubang di rumah selama 4 hari, tak boleh nak ke mana-mana. Jangan sampai naik sawang dah la aku kat rumah ni. Harap-harap bolehlah aku setelkan apa-apa yang tak setel di rumah ni... kut blh siapkan lagi satu manuskrip baru...hmmm, bagus juga ye.
Macam ni lah hidup. Fail to plan, plan to fail...tapi plan punya plan pun, segalanya terletak di tangan tuhan juga akhirnya. Apa-apa pun, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya macam aku hari ni, dah banyak sangat belajar sedikit sebanyak ttg menangani kes kemalangan, ttg kos menaiki public transport yg ternyata melebihi kos memandu sendiri. Next time, aku kena lebih berhati-hati...
~ p e a c e ~

Subscribe to:
Comments (Atom)